Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Rancang serangan berani mati


PASANGAN suami isteri (atas) dan seorang jurutera (bawah, kiri) ditahan di KLIA manakala seorang ejen insurans (bawah, kanan) ditangkap di Stesen LRT Setiawangsa minggu ini.


KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk seorang lelaki yang mengaku merancang untuk melancarkan sera­ngan bunuh diri di negara ini ditahan sepasukan polis bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dalam satu operasi khas di sekitar Lembah Klang pada hari Isnin dan Jumaat lalu.
Keempat-empat suspek berumur antara 23 dan 28 tahun terdiri daripada pasangan suami isteri berasal dari Perak dan dua lagi dari Terengganu, masing-masing bekerja sebagai jurutera dan ejen insurans.
Kesemua mereka dipercayai anggota kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang sebaik tiba dari Turki, Isnin lalu.
Menurut Khalid, ketiga-tiga suspek telah ditahan di Gaziantep, Turki pada 15 November lalu oleh pihak berkuasa negara itu kerana cuba menyusup ma­suk ke Syria untuk menyertai IS sebelum dihantar pulang ke Malaysia Isnin lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3xTPsBXNg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment