Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Rampas rokok haram RM500,000

Batu Pahat: Agensi Pengguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Batu Pahat melumpuhkan tiga cubaan menyeludup rokok kretek dan rokok putih bernilai RM500,000 dalam tiga serbuan berasingan iaitu pada penghujung Disember dan Jumaat lalu di sekitar perairan Semerah, di sini.
Ketua Penguatkuasanya, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, kebanyakan rokok dirampas adalah dari negara jiran, Indonesia.
"Dua cubaan seludup dilumpuhkan pada penghujung Disember 2015 dengan membabitkan nilai rampasan sebanyak RM400,000.
“€œOperasi Jumaat lalu pula, pihak kami berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan membabitkan 1,000 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM110,000 bersama sebuah enjin bot jenis Mercury 90 kuasa kuda," katanya.
Menurutnya, kesemua suspek bagaimanapun meloloskan diri menaiki bot kecil.
"Kesemua barang yang dirampas kemudian dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Pangkalan APMM Batu Pahat di sini,hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 7:56 PM


ZULKARNAIN (kiri) menunjukkan rokok kretek yang dirampas dalam tiga serbuan sejak Disember lalu. FOTO Mohd Hanafis Abdul Haris
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108039#sthash.g2FNdiJX.dpuf

No comments:

Post a Comment