Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Polis tahan lelaki terlibat 15 kes pecah rumah

PDRM

13 JANUARI 2016

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini dalam rondaan di Taman Daya, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang di hadapan sebuah premis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan
"Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah kereta Toyota Vios dan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dicuri dan dilaporkan hilang di Masai, di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sulaiman berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah dan barangan dipercayai hasil pecah rumah dalam kereta berkenaan termasuk sebilah pedang, 13 telefon bimbit, tiga kamera digital, beg mengandungi 20 rantai leher, beg mengandungi 48 jam tangan dan empat pasport.
Beliau berkata, semakan mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan curi, menyimpan harta curi dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas antara 2009 dan 2012.
"Berdasarkan soal siasat, lelaki terbabit mengaku melakukan 15 kes pecah rumah di sekitar Johor Baharu dan siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan suspek lain yang terlibat dalam kegiatan itu," katanya dengan menambah lelaki itu kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Bernam
a

No comments:

Post a Comment