Kawasan tersebut antaranya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ko­ta Kinabalu (KKIA) dan Terminal Feri Jesselton Point selain di lokasi tumpuan orang ramai.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, walaupun pihak polis tidak menerima laporan berhubung sebarang bentuk ancaman pengganas, faktor keselamatan tidak akan dipandang ringan.
“Kita akan meningkatkan pe­nguatkuasaan dan rondaan di kawasan-kawasan terbabit termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
“Untuk itu, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak panik de­ngan kehadiran anggota keselamatan di kawasan terbabit khususnya di KKIA kerana ini adalah prosedur dalam meningkatkan kawalan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau penugasan kawalan ke­selamatan Op Ledak di KKIA, dekat sini malam semalam.
Chandra memberitahu, seramai 24 orang anggota tambahan akan ditempatkan di KKIA sebagai langkah menghadapi sebarang kemungkinan termasuk ancaman pengganas.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan melalui media sosial berhubung ancaman ke­giatan kumpulan militan di bandar raya ini.