Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Polis nafi dakwaan IS akan serang ibu negara

AHAD, 17 JANUARI 2016 @ 12:06 PM





Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal meor.ahmad@bh.com.my


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa.


KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan yang tersebar di aplikasi WhatsApp, kononnya militan IS sudah menetapkan beberapa tempat di ibu negara untuk melancarkan serangan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa ketika dihubungi BH sebentar tadi, menyifatkan penyebaran berita palsu itu bertujuan menakutkan rakyat negara ini. "Setakat ini tiada laporan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai ancaman serangan itu. Jadi, saya minta orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihan, sebaliknya hubungi pihak polis. "Bagaimanapun, kami sentiasa melakukan pemantauan, meningkatkan rondaan serta kawalan di tempat tumpuan ramai. Anggota kami cukup, dua kali ganda daripada jumlah anggota polis yang ditugaskan pada hari biasa," katanya. Sejak pagi tadi, berita mengenai ancaman serangan pengganas disebarkan oleh pihak tertentu melalui WhatsApp dengan menyenaraikan KLCC, stesen kereta api, pusat beli-belah, restoran makanan segera dan pengangkutan awam sebagai tumpuan serangan itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115239

No comments:

Post a Comment