Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Polis buru pencuri lori hantu sebabkan kematian



Para pelajar SMK Bandar Damai Perdana, Cheras trauma melihat kesan kemalangan ngeri di hadapan sekolah berkenaan yang meragut nyawa dua rakan mereka.


KAJANG – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri sebuah lori hantu hingga menyebabkan kematian dua pelajar perempuan dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras dekat sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, pemeriksaan forensik pada lori hantu tersebut sudah dibuat dan keterangan semua saksi yang terbabit juga sudah diambil.
“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan individu yang terlibat dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3xTQMZvWY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment