Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, polis turut melepaskan tiga das tembakan selepas dua lelaki berkenaan, yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Naza Citra berwarna perak, merempuh sekatan jalan dan membahayakan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya kini sedang memburu dua lelaki berkenaan.
Difahamkan, selepas mengejar MPV berkenaan sejauh kira-kira 500 meter, salah seorang suspek meninggalkan kereta tersebut dan lelaki yang berkenaan mengundurkan kenderaan tersebut hingga hampir merempuh anggota polis.
"Dua tembakan itu terkena tayar depan sebelah kanan dan satu pada pintu hadapan pemandu namun pemandu berkenaan berjaya meloloskan diri.
"Hasil semakan nombor pendaftaran menunjukkan ia merupakan milik seorang wanita di Negeri Sembilan dan tiada laporan kereta curi berkenaan dicuri," katanya di sini hari ini.
Tambah Munusamy, pihaknya kini sedang mengesan pemilik kereta berkenaan bagi menyiasat hubungannya dengan suspek. - UTUSAN ONLINE