Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Peti besi MAIPs kena kebas


Polis memeriksa bangunan MAIPs di Taman Pengkalan Asam, Jalan Syed Putra, Kangar yang kehilangan peti besi berisi wang RM13,000 semalam.


KANGAR – Dua lelaki bertopeng melarikan peti besi mengandungi wang berjumlah RM13,000 milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas memperda­yakan pengawal keselamatan bertugas.
Kejadian pada pukul 6.15 pagi semalam itu berlaku di bangunan MAIPs di Taman Pengkalan Asam, Jalan Syed Putra di sini semalam ketika seorang pengawal keselamatan bertugas di bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Noordin (gambar kecil) berkata, sebelum peti besi tersebut dicuri, pengawal keselamatan berkenaan mendakwa dia pada mulanya didatangi dua lelaki yang memberitahu mereka ingin bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Nor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3xYBO9INY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment