Ketua Polis Daerah Nilai, Supe­rintenden Zaldino Zaludin berkata, kesemua suspek bertopeng itu dipercayai menggunakan gas oxy-Acetylene untuk memecah dua mesin berkenaan.
“Dalam kejadian pada pukul 4.25 pagi itu, suspek menahan seorang pengawal keselamatan ketika lelaki berkenaan sedang melakukan rutin kerja mengunci jam keliling pasar raya.
“Suspek kemudian mengikat ka­ki dan tangan mangsa sebelum me­nyembunyikannya di dalam belukar di belakang bangunan pasar raya manakala dua lagi pengawal kese­lamatan yang berada di hadapan pasar raya berkenaan tidak menye­dari kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaldino, kumpulan penjenayah berkenaan yang menceroboh ke dalam pasar raya melalui pintu kecemasan mengambil masa satu jam 20 minit untuk memecah dua mesin ATM berkenaan.
“Polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar raya itu serta turut menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan,” katanya.