Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek lelaki dan wanita itu mengambil masa kira-kira tiga minit untuk merompak kedai emas yang tidak menggunakan khidmat pengawal keselamatan itu.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 masuk ke dalam kedai kira-kira pukul 1.20 petang. Suspek lelaki memecahkan cermin pameran menggunakan sebatang besi yang dibalut kertas surat khabar.
“Suspek wanita pula bertindak mengambil barang kemas sebelum mereka melarikan diri. Kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000,” katanya di sini. - UTUSAN ONLINE