Search This Blog

Tuesday, January 19, 2016

Perintah reman 7 hari

Nilai: Sebelas individu membabitkan sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 31 hingga 64 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kewujudan rumah dijadikan makmal pemprosesan dadah di Kampung Baru Mantin, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mereka direman bermula semalam hingga Ahad ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata, dalam serbuan jam 2 petang, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai membongkar kewujudan premis itu.
Menurutnya, sebaik menggeledah kediaman terbabit, polis menemui pelbagai jenis dadah seberat 10 kilogram bernilai RM14.3 juta.
“Turut dirampas tiga pucuk pistol, bom tangan dan beberapa kenderaan mewah,” katanya.
Zaldino berkata, polis menahan 11 individu yang ketika itu berada di rumah dipercayai sedang memproses dadah.
Katanya, tempoh tahanan reman dibenarkan Mahkamah Majistret Seremban, sekali gus membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:18 AM


SUSPEK dibawa anggota polis di Mahkamah Seremban, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108362#sthash.UrSarVe5.dpuf

No comments:

Post a Comment