Search This Blog

Friday, January 22, 2016

Perhilitan rampas bangkai harimau



MOHD. HASDI menunjukkan bangkai harimau belang yang dirampas Perhilitan pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Bangkai seekor harimau belang jantan berjaya dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Terengganu di sebuah rumah di Pasir Semut, Kemaman petang kelmarin.
Lebih memilukan, harimau itu dilapah empat bahagian dan disorok di dalam sebuah bilik mandi rumah berkenaan sewaktu serbuan unit penguat kuasa Perhilitan kira-kira pukul 6.30 petang.
Pengarahnya, Mohd. Hasdi Husin berkata, mamalia yang berusia antara 15 tahun hingga 20 tahun itu dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) hingga 150kg dipercayai ditangkap di sebuah kawasan hutan di Kemaman.
Katanya, haiwan itu dipercayai dijerat sebelum dibunuh dengan satu das tembakan pada bahagian atas kepala haiwan berkenaan oleh pemburu haram.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3xvfXj0Ef 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment