Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Penyanyi remaja Taiwan mohon maaf

AHLI kumpulan Twice, Chou Tzu Yu. - Foto AFP
TAIPEI: Seorang penyanyi remaja kumpulan Twice Korea Selatan, menjadi agenda utama pilihan raya Taiwan semalam selepas dia bertindak memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan mencetuskan kemarahan di bandar ini ketika rakyatnya sibuk mengundi presiden baharu.
Chou Tzu Yu, 16, kelahiran Taiwan menyebabkan China dan Taiwan saling tuduh menuduh selepas dia membuat satu kenyataan menerusi program televisyen semalam, mengatakan dirinya berbangga sebagai orang China dan hanya ada satu China sambil memegang bendera Taiwan.
Rakaman video permohonan maaf yang menjadi viral itu mendapat liputan meluas media Taiwan.
Kenyataan Chou ternyata menimbulkan kemarahan rakyat Taiwan yang mentadbir sendiri negara itu dan menganggap mereka adalah rakyat Taiwan bukan China.
Rakyat Taiwan sangat sensitif dengan panggilan China kerana mereka tidak pernah menganggap menjadi sebahagian negara itu walaupun secara rasminya Taiwan masih berada di bawah pengaruh China.
Pendahulu calon presiden, parti pembangkang pro-kemerdekaan Parti Progresif Demokratik (DPP), memberitahu media rakaman video Chou benar-benar menyinggung perasaan rakyat Taiwan.
"Kita perlu bersatu dan menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa memegang bendera Taiwan menggambarkan identiti sah sebagai warga negara," katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment