Jurucakap polis negara, Anton Charliyan berkata, daripada jumlah tersebut, hanya lapan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Jakarta dan identiti mereka dirahsiakan buat masa ini.
“Tiga suspek berasal dari Cirebon, dua dari Indramayu, seorang dari Balikpapan dan dua lagi dari Tegal,” katanya sambil menambah semua yang ditahan merupakan lelaki.
Kesemua suspek ditahan selama tujuh hari oleh skuad antikeganasan, Densus 88 dan siasatan masih dijalankan. - AGENSI