Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Penganggur dituduh bunuh budak



MOHD. HAZWAN (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kota Tinggi semalam atas pertuduhan mendera anak teman wanitanya sehingga mati pada September tahun lalu.


KOTA TINGGI – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera anak teman wanitanya yang berusia lima tahun sehingga mati pada September tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Hazwan Karim, 24, yang berpakaian lokap hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan daripada tertuduh direkodkan oleh mahkamah pada prosiding tersebut.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Hazwan didakwa telah mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Danial Asyraff Abdullah, 5, di sebuah bilik tidur di sebuah pusat memandu, Taman Kota Jaya di sini pada 3 September 2015.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3xYBjDtKD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment