Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Pendatang Myanmar cuba tikam anggota Imigresen

JENAYAH SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:33 PM






Oleh Na'imah Mohamed bhnews@bh.com.my


KLANG: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar cuba menikam anggota Jabatan Imigresen Malaysia Selangor dalam usaha meloloskan diri dalam satu operasi di sebuah kondominium, di sini, awal pagi tadi.  Pengarah Imigresen Selangor, Hishamudin Badiyol Zuman, berkata lelaki berkenaan turut menyerang anggotanya hingga berlaku sedikit pergelutan sebelum dia berjaya ditahan dalam operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu.  Selain lelaki terbabit, katanya, seorang wanita warga Indonesia juga sanggup membahayakan nyawa dengan melompat ke balkoni kediaman jirannya di tingkat 11 bagi mengelak ditangkap. "Bagaimanapun, jirannya menyedari kejadian itu dan menyerahkan wanita berkenaan kepada pihak berkuasa," katanya.  Dalam operasi berakhir jam 3.30 pagi itu, seramai 25 warga asing berusia antara 20 hingga 50-an, termasuk dua wanita ditahan, membabitkan warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang menyewa di kondominium berkenaan beramai-ramai.


 HISHAMUDIN Badiyol Zuman. - Foto Shahril Badri Saali


Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan orang awam mengenai tindakan pemilik kondominium menyewakan kediaman kepada warga asing bagi mengaut untung lebih besar. "Kami akan turut menyiasat pemilik kondominium terbabit mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyewakan premis dan melindungi PATI.  "Semua yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana gagal mengemukakan dokumen dan pas perjalanan serta Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal di negara ini lebih masa," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114978

No comments:

Post a Comment