Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Pencuri sorok ular sawa dalam seluar

Portland (Amerika Syarikat): Seorang lelaki didapati mencuri seekor ular sawa dari sebuah kedai dengan menyembunyikan reptilia itu di dalam seluarnya.
Aksi lelaki itu mengambil ular sawa dari sangkarnya sebelum memasukkan haiwan itu ke dalam seluarnya dirakam kamera keselamatan di premis berkenaan.
Pengurus kedai itu, Christin Bjugan berkata, ular sawa sepanjang satu meter itu dikesan hilang pada Jumaat lalu dan dia terus meneliti rakaman kamera keselamatan untuk mencari pencurinya.
“Kedai ini dilengkapi dengan kamera pada setiap sudut dan sukar untuk pencuri terlepas tanpa dirakam,” katanya.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki mengambil ular sawa berharga AS$200 (RM875) dari sangkarnya.
“Dia kemudian meletakkan ular itu ke dalam bahagian hadapan seluarnya.
“Lelaki itu terus berjalan seperti biasa menuju ke pintu keluar sebelum menghilangkan diri,” jelasnya.
Menurutnya, pencuri itu sangat bernasib baik kerana ular itu tidak lapar kerana baru diberi makan.
“Ular ini apabila sangat lapar ia memakan apa sahaja,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 10:25 AM


RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu memasukkan seekor ular sawa ke dalam seluarnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107196#sthash.wxEJSMLr.dpuf

No comments:

Post a Comment