Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Pencemaran udara ancaman kesihatan global - WHO

SNIN, 18 JANUARI 2016 @ 11:42 AM



 GENEVA: Data terbaharu mengenai paras pencemaran udara yang boleh membawa maut di bandar raya seluruh dunia dijadualkan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari ini. Pakar kesihatan terkenal menyifatkan ia sebagai 'amaran kesihatan awam' global yang membabitkan kos tinggi kepada masyarakat. Pencemaran udara di bandar raya seperti New Delhi dan Beijing mengorbankan jutaan penduduk dan mengancam perkhidmatan awam di negara seluruh dunia yang akan memberi kesan kewangan besar kepada kerajaan. Perangkaan baharu WHO yang dijadualkan dikeluarkan Februari ini dijangka menunjukkan pencemaran udara semakin buruk sejak 2014 di ratusan kawasan bandar. Data itu diambil dari 2,000 bandar raya. "Kami mempunyai amaran kesihatan awam di banyak negara akibat pencemaran. Ia dramatik, antara masalah terbesar yang dihadapi di seluruh dunia, dan masyarakat menanggung kos tinggi. "Pencemaran udara membawa kepada penyakit kronik yang memerlukan ruang di hospital. "Sebelum ini, kita tahu pencemaran menyebabkan radang paru-paru dan asma. Kini, ia menyebabkan penyakit aliran darah, jantung dan kardiovaskular malah nyanyuk," kata ketua kesihatan awam di WHO, Maria Neira. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115555

No comments:

Post a Comment