Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Pelajar perempuan lari dari madrasah ditemui - polis

MELAKA: Empat pelajar perempuan dari sebuah madrasah di Pulai Merlimau, Jasin yang dilapor melarikan diri dari asrama dua hari lalu ditemui selamat awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail, berkata mereka yang berumur antara 13 hingga 16 tahun ditemui bersama seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Dataran 1Malaysia, Klebang kira-kira jam 2 pagi.
"Keempat-empat pelajar itu ditemui bersama kawan lelaki seorang daripada mereka. Remaja lelaki berkenaan tidak bersekolah dan mereka memberi alasan hanya melepak," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, remaja perempuan berkenaan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment