Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Pelajar lemas terpijak pasir jerlus



Mayat Mohd. Alif ditutup dengan kain putih selepas ditemui mati lemas di Sungai Changkat Meranti, Sungai Wang, Sitiawan semalam.


SITIAWAN – Kegembiraan enam sahabat keluar memancing berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas selepas terpijak pasir jerlus di Sungai Changkat Me­ranti, Sungai Wang di sini petang kelmarin.
Mangsa, Mohd. Alif Haikal Kamarulzaman, 14, ditemui oleh anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan kira-kira pukul 3.30 pagi semalam pada jarak 20 meter daripada tempat dia dikatakan tenggelam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 petang dan sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa didapati dihanyutkan arus deras dan ketika itu, air sudah mulai pasang dan kedalaman air dianggarkan enam meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3xYC5AeFd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment