Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Pelajar hilang kaki dilanggar lori

ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 7:23 PM
Oleh Mohd Shukor Amin

SABAK BERNAM: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, dekat sini, putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.
Pelajar Tingkatan Satu itu dikatakan menunggang motosikal bersama adiknya, dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa yang terjatuh ke tengah jalan tidak sempat bangun dan digilis sebuah lori yang dipercayai membawa muatan tanah.
Difahamkan, pemandu kereta dan lori itu melarikan diri selepas kejadian.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment