Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Pekerja restoran mati, leher ada kesan kelar

AHAD, 17 JANUARI 2016 @ 2:59 PM

 Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my


KULAI: Seorang pekerja restoran ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di kawasan taman permainan kanak-kanak di Taman Handal, Senai, dekat sini pagi tadi.  Mayat lelaki warga India berusia 29 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang ramai berhampiran sebuah pondok di taman permainan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata polis yang menerima panggilan kira-kira jam 8.30 pagi, menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi untuk menjalankan siasatan.  Katanya, pemeriksaan polis menemui sebilah pisau pemotong sayur yang mempunyai kesan darah di sisi kanan mayat dan telefon bimbit dalam poket seluar mangsa.  "Pemeriksaan ke atas mayat mendapati satu kesan kelar pada leher, dipercayai menyebabkan kematiannya. Tiada kesan luka atau kecederaan lain pada badan mangsa.  "Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan bekerja di restoran di Senai sejak dua bulan lalu dan tinggal di tingkat atas restoran itu bersama sembilan rakan sekerja," katanya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi. Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengelar lehernya sendiri, dipercayai kerana masalah keluarga dan kewangan.  "Siasatan polis tidak mengesan unsur perbuatan khianat dalam kes itu. Mayat dibawa ke Hospital Kulai bagi proses bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115284

No comments:

Post a Comment