SHAH ALAM - Peguam Datuk Hazman Ahmad mengesahkan anak guamnya, bekas anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri mengemukakan permohonan pengampunan kepada Sultan Selangor, hari ini.
Hazman yang dihubungi Sinar Online berkata, permohonan itu telah dihantar oleh pembantunya di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, kira-kira pukul 8.30 pagi tadi
.