Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Pecah masuk kondo

Kuala Lumpur: Akibat terdesak, seorang lelaki sanggup memecah masuk dan mencuri barangan berharga dan alat tulis di sebuah kondominium di Taman Maluri di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 10.15 pagi itu, seorang jiran mangsa melihat sesuatu yang mencurigakan dalam rumah mangsa sebelum menghubungi pihak pengurusan keselamatan perumahan itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Muhamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri menggunakan lif.
“Suspek dipercayai menyembunyikan diri di laluan tangga kecemasan lebih dua jam sebelum menggunakan lif untuk keluar.
“Namun, usahanya gagal apabila terserempak dengan anggota polis sebaik pintu lif terbuka di lobi,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, antara barangan dirampas daripada suspek termasuk komputer riba, rantai emas, gelang emas, subang berlian serta pelbagai alat tulis.
“Anggaran kerugian bernilai RM10,000 dan mangsa sudah membuat pengecaman barangan itu di balai polis,” katanya.
Katanya, hasil siasatan awal, suspek didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:52 AM


MUHAMAD Roy menunjukkan barangan dicuri suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108180#sthash.Mf4Abje3.dpuf

No comments:

Post a Comment