Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

PATI jadi pemandu lori bauksit



SEBAHAGIAN PATI yang ditahan selepas didapati bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pemandu lori bauksit di kawasan perlombongan bauksit sekitar Bukit Goh, Kuantan kelmarin.


KUANTAN – Kontroversi isu bauksit di negeri ini semakin menjadi-jadi apabila Jabatan Imigresen negeri kelmarin menahan 17 pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan perlombongan bauksit sekitar Bukit Goh di sini.
Ops Sayang itu yang digerakkan pada pukul 3.30 petang itu, berjaya membongkar kegiatan menggaji PATI yang berasal dari Indonesia dan Myanmar untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan itu termasuk menjadi pemandu lori bauksit.
Timbalan Penolong Pengarah Imi­gresen Kanan Pahang, Mohd. Rosli Mat Nun berkata, anggota penguat kuasa terpaksa bekerja keras untuk menahan kesemua PATI selepas masing-masing cuba melarikan diri selepas mengesan kenderaan pihak berkuasa mahu memasuki kawasan mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3xTQ35eSZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment