Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Parah diseret penyamun berkereta

Kuala Lumpur: Seorang wanita terlantar cedera parah di hospital selepas diseret lebih lima meter oleh peragut yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).
Dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, mangsa, Lee Siew Hoon, 30, diragut suspek ketika menghantar anaknya ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Jalan Ipoh di sini.
Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera teruk di muka, tangan dan kaki akibat diseret selain bergesel dengan kenderaan digunakan penjenayah.
Abang mangsa, Lee Min Chuan, 31, berkata, adiknya dalam perjalanan menghantar anak lelakinya yang juga murid di sekolah itu.
Menurutnya, mangsa keluar dari kereta sambil membawa beg tangan sebaik sampai di hadapan pintu pagar utama
sekolah.
“Secara tiba-tiba tiga suspek lelaki menaiki sebuah kenderaan MPV berwarna hijau menghampiri Siew Hoon dari arah belakang.
“Seorang suspek yang berada di tempat duduk penumpang merentap beg tangan adik saya. Akibatnya adik saya diseret penjenayah dan tergolek,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Selayang akibat kecederaan serius dialami.
“Kecederaan adik saya parah dan perlu menjalani pembedahan akibat pendarahan dalaman,” katanya yang sudah membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Polis kini berusaha mengesan kenderaan model Toyota Unser berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh di lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Sekyen 394 Kanun Keseksaan,”katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 9:20 AM


SIEW Hoon tergolek dan diseret kenderaan suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107129#sthash.JMZKHpMu.dpuf

No comments:

Post a Comment