NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata terbunuh termasuk seorang pegawai tentera dalam drama berbalas tembakan di pangkalan Tentera Udara India dekat sempadan Pakistan, awal pagi semalam.
Menurut jurucakap tentera, kumpulan lelaki bersenjata itu menceroboh seksyen kuarters pangkalan Tentera Udara Pathankot sekitar jam 3 pagi (waktu tempatan).
Pangkalan tentera udara itu terletak kira-kira 430 kilometer di utara New Delhi.
"Pertempuran telah berakhir. Pangkalan udara ini telah dikepung untuk mengesan baki penceroboh yang mungkin masih bersembunyi," katanya.
Sementara itu, polis Punjab berkata, penyerang dipercayai kumpulan lelaki bersenjata yang merampas kereta milik seorang pegawai kanan polis lewat petang kelmarin dan menggunakannya untuk memasuki pangkalan udara berkenaan.
Serangan berlaku selepas beberapa hari Perdana Menteri India Narendra Modi dilaporkan melakukan lawatan mengejut ke Lahore untuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif pada hari Krismas. - Indian Expres
s