Portal Mail Online melaporkan, Dr. Susan Lim Mey Lee yang sebelum ini terlibat dalam pembedahan pemindahan hati pertama di dunia pada 1990, merupakan pakar pembedahan menggunakan peralatan robotik dan penyelidikan sel tunjang.
Beliau menetap di Si­ngapura namun masih merupakan ahli Majlis Perubatan Umum (GMC) di London, badan yang mempunyai bidang kuasa membatalkan kelayakan Mey Lee jika didapati bersalah.
Pada tahun 2007 yang lalu, beliau dipertanggungjawabkan untuk menyelaras rawatan itu bagi tempoh enam bulan.
Dewan Perubatan Singapura (SMC) yang menjalankan satu siasatan terhadap Mey Lee pada 2012 yang lalu, mendapati, pakar bedah itu bersalah terhadap 94 pertuduhan dan menggantung tugasnya selama tiga tahun kerana salah laku serius itu.
Mey Lee turut didenda seba­nyak 5,000 pound (RM29,750) dan diarahkan berjanji untuk me­ngenakan caj perkhidmatan yang lebih adil dan munasabah pada masa depan.
Beliau membuat rayuan berhubung kes itu setahun kemudian namun ditolak oleh Mahkamah Tinggi Singapura atas alasan caj yang dikenakan itu terlalu mahal dan melampau.
GMC kini melakukan siasatan ke atas kes terbabit dan jika Mey Lee didapati bersalah, badan tersebut akan membatalkan kela­yakannya sebagai seorang doktor.