TAPAH - Seorang operator pengeluaran maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Batu 6, Jalan Tapah-Cameron Highland di sini pagi tadi.
Mangsa, Muhamad Sofhian Mat Daim, 31, meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan serta terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah Deputi Superintendan Mohd Razali Abdullah berkata dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC sedang berkonvoi dari Shah Alam, Selangor ke Cameron Highlands, Pahang bersama 15 lagi rakan.
"Pemandu lori yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak, namun gagal lalu merempuh mangsa. Kemalangan mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernam
a