Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Obama isytihar darurat di Michigan

AHAD, 17 JANUARI 2016 @ 8:52 AM
WASHINGTON: Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Michigan bagi menyalurkan bantuan persekutuan ke kawasan yang terjejas akibat bekalan air tercemar.
Pihak berkuasa di negeri itu berdepan krisis kesihatan serius bekalan air dicemari plumbum akibat langkah pengurangan kos yang dilaksanakan di bandar raya Flint dengan 100,000 penduduk itu.
Masalah timbul selepas pegawai negeri tidak mempedulikan amaran kesihatan selama beberapa bulan mengenai air berbau apabila penduduk mengadu ia menyebabkan mereka jatuh sakit.
Khamis lalu, Gabenor Michigan, Rick Snyder, menyerahkan permohonan kepada presiden supaya mengisytiharkan darurat.
Sebagai sebahagian pemotongan kos, bandar raya itu mula mendapatkan air dari Sungai Flint pada April 2014 daripada terus membeli dari Detroit.
"Obama mengisytiharkan darurat di Michigan dan mengarahkan bantuan persekutuan untuk membantu usaha kerajaan negeri," menurut kenyataan Rumah Putih. - AFP


PENGAWAL Keselamatan Michigan, Staf Sarjan William Phillips (kiri) membantu seorang penduduk membawa bekalan air di sebuah balai bomba di Flint, Michigan. Presiden Barack Obama hari ini mengisytiharkan darurat di Michigan akibat bekalan air tercemar. - Foto REUTERS

No comments:

Post a Comment