Search This Blog

Tuesday, January 19, 2016

Nafi terima suapan RM8,500

Kuantan: Seorang Penolong Pentadbir Tanah dan Pembantu Awam Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan menerima suapan RM8,500 daripada pelombong bauksit haram pada 6 Januari lalu.
Tertuduh, Mohd Nurfirdaus Rahmad, 28, dari Kampung Serengkam, Maran, dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, dari Sungai Isap Damai, di sini, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di depan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nurfirdaus yang bertugas sebagai Pembantu Awam dituduh menerima suapan wang tunai berjumlah RM8,500 daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, sebagai balasan kerana memberi perlindungan kepada lelaki berkenaan yang menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram, dengan menjual 50 keping Borang 13D (subperaturan 84(4)) bernombor siri PTG(M)/13D 1172260 hingga PTG(M)/13D 1172309, membolehkan Anurul Hiraq membawa bauksit secara haram ke Pelabuhan Kuantan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.05 petang di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau, di sini, pada 6 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Tertuduh kedua, Abdul Rahim Sulaiman, 53, yang juga Penolong Pentadbir Tanah dituduh bersubahat dengan Mohd Nurfirdaus menerima suapan RM8,500 daripada lelaki sama sebagai balasan kerana memberi perlindungan kepadanya yang menjalankan perlombongan bauksit secara haram, dengan menjual 50 keping Borang 13D [subperaturan 84(4)] bernombor siri PTG(M)/13D 1172260 hingga PTG(M)/13D 1172309, membolehkan dia membawa bauksit secara haram ke Pelabuhan Kuantan.
Dia melakukan kesalahan itu di No 12 Lorong IM 15/26, Taman Mutiara Mahkota, di sini, jam 9.16 malam pada tarikh sama.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:16 AM


MOHD Nurfirdaus (dua dari kanan) dan Abdul Rahim di Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108360#sthash.RsqxsLeI.dpuf

No comments:

Post a Comment