Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Misi mencari 12 anggota Marin masuk hari ketiga

HONOLULU: Usaha mencari 12 anggota Marin yang hilang selepas dua helikopter terhempas di Hawaii masuk hari ketiga tanpa sebarang rancangan untuk menghentikan atau menggantung operasi besar-besaran itu, menurut Pengawal Pantai.
Pasukan penyelamat bertugas 24 jam sejak Pengawal Pantai dimaklumkan mengenai nahas itu lewat Khamis lalu oleh saksi yang melihat pesawat berkenaan hilang diikuti bebola api.
Pasukan Marin diberitahu apabila helikopter CH-53E yang setiap satu membawa enam kru gagal kembali ke pangkalan di Teluk Kaneohe susulan misi latihan pada waktu malam.
Beberapa jam kemudian, helikopter Pengawal Pantai dan pesawat C-130 mengesan serpihan di Oahu.
Pengawal Pantai, pada awalnya melaporkan helikopter itu bertembung tetapi Kapten Marin, Timothy Irish, pada Jumaat lalu berkata beliau tidak pasti nahas itu disebabkan perlanggaran. - AP
SEORANG anggota marin Amerika Syarikat kelihatan meneropong dalam usaha mencari bangkai dua buah helikopter yang terhempas di Hawaii Khamis lalu. - Foto AP

No comments:

Post a Comment