Search This Blog

Tuesday, January 26, 2016

Milo ais dijual RM6.70 segelas




YUSOF menunjukkan resit harga milo ais RM6.70 sen segelas dan air suam RM0.80 sen segelas yang dikenakan kepada pelanggan semasa membuat pemeriksaan di dua buah restoran di sebuah pasar raya di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Dua buah restoran makanan di sebuah pasar raya di sini diberi notis untuk membuat penjelasan berhubung harga milo ais yang dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 segelas.
Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Yusof Bakar berkata, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran terbabit.
Yusof berkata, notis itu dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pengusaha kedua-dua restoran terbabit untuk mengemukakan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut.
Menurut beliau, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.
“Kita telah memeriksa harga makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada harga RM0.80 sen.
“Harga tersebut terlalu tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3yHrr70Zx 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment