Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Mayat tergantung celah kren

Mayat tergantung celah kren
Petaling Jaya: Seorang pekerja pembinaan warga China maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kren tumbang ketika kerja pembinaan sebuah jejambat menghubungi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Damansara di sini, hari ini.
Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Li Yi Jia, 50, manakala identiti tiga lagi yang cedera iaitu warga tempatan, China dan Myanmar masih belum diketahui.
Beliau berkata Li bersama dua lagi sedang melakukan kerja pembinaan tiang jejambat menghubungkan LDP dengan pusat komersial Empire yang sedang dibina di Jalan Bukit Lanjan 8, dekat sini, apabila kren yang dinaiki tumbang dipercayai terlebih muatan.
"Li maut akibat tergantung dan tersepit di celah besi kren yang tumbang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang tadi, manakala dua rakannya terjatuh dan mengalami cedera ringan dihempap besi kerangka," katanya.
Muhammad Firdaus berkata seorang lagi mangsa warga tempatan yang juga pemandu kren, turut cedera ringan selepas kren dipandunya terbalik.
"Mayat Li dan ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.
Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Taman Tun Dr Ismail, Sri Hartamas dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.
Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menurunkan mangsa yang tersepit, iaitu kira-kira pukul 7.18 petang kerana kesukaran untuk mengeluarkan mayat yang tergantung. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 10:40 PM

Keadaan kren yang terbalik dan tumbang menghempap kerangka binaan. - Foto AHMAD HASBY SIDEK
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106805#sthash.NJe173aW.dpuf

No comments:

Post a Comment