Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Maut motosikal terbabas

Tapah: Penunggang motosikal maut selepas terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh lori di Batu 6, Jalan Tapah-Cameron Highland, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa, Muhamad Sofhian Mat Daim, 31, dikatakan konvoi bersama kira-kira 15 penunggang lain dan dalam perjalanan dari Shah Alam ke Cameron Highlands.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah Deputi Superintendan Mohd Razali Abdullah berkata, kemalangan membabitkan motosikal yang terbabas di selekoh sebelum dirempuh lori yang datang dari lorong bertentangan.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang datang dari arah Tapah menuju ke Cameron Highlands sebelum dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas memasuki ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori.
"Pemandu lori cuba mengelak ke kiri jalan, namun gagal mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 6:28 PM


KEADAAN motosikal mangsa yang bertembung dengan kenderaan berat. FOTO Asrizal Aris
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108033#sthash.VNen6uaH.dpuf

No comments:

Post a Comment