Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Makmal dadah dalam kampung

Nilai: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan berjaya membongkar makmal memproses dadah di sebuah rumah di Kampung Baru Mantin di sini, hari ini.
Sumber polis berkata, dalam serbuan jam 6 petang itu, 10 orang ditahan ketika sedang memproses dadah dan polis merampas pelbagai peralatan memproses, pistol serta bom tangan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis juga sedang memastikan jumlah dadah yang dirampas itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 7:32 PM


Sebuah rumah di Kampung Baru Mantin, Negeri Sembilan, dijadikan makmal pemprosesan dadah. - Foto MOHD HELMI IRWADI MOHD NOR
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108035#sthash.rQSopLaY.dpuf

No comments:

Post a Comment