Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Lelaki tunjuk pistol ketika liputan secara langsung

Belgrade: Seorang wartawan penyiaran sebuah stesen televisyen Serbia terkejut selepas seorang lelaki menunjukkan pistol di depan kamera ketika dia membuat liputan secara langsung baru-baru ini.
Ketika kejadian, Tamara Bojic yang bertugas dengan stesen televisyen RTV Vojvodina membuat liputan cuaca di bandar Novi Sad pada Jumaat lalu.
Seorang lelaki yang berjalan melintasi lokasi Tamara membuat liputan tiba-tiba menunjukkan pistol di depan kamera.
Lelaki yang tidak dikenali itu dilaporkan turut mengancam kru televisyen di lokasi kejadian sebelum melarikan diri.
Tamara yang terkejut dengan tindakan lelaki itu kelihatan tenang meneruskan laporannya sehingga selesai.
Dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Insiden itu mengimbau kembali kejadian dua wartawan yang ditembak mati ketika membuat liputan secara langsung di Virginia, Amerika Syarikat pada Ogos tahun lalu.
Kru berita WDBJ, Alison Parker, 24, dan jurukamera, Adam Ward, 27, maut selepas ditembak oleh bekas pekerja syarikat berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:11 AM

SEORANG lelaki menunjukkan pistol di depan kamera ketika Tamara membuat liputan secara langsung.

No comments:

Post a Comment