Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Lelaki memancing ditemui lemas

Jitra: Lelaki yang terjatuh ketika memancing di Sungai Bata berhampiran Taman Permai, di sini, petang semalam ditemui lemas, pagi tadi.
Mayat mangsa, Mohd Sobri Ghazali, 27, dari Kampung Bongor, Baling ditemui di dasar sungai berkenaan pada 8.54 pagi ketika operasi mencari dilakukan pasukan penyelamat.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.07 malam tadi sebelum sembilan anggota bersama dua jentera termasuk EMRS dan sebuah bot dikejarkan ke lokasi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing ikan sebelum operasi mencari dilakukan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 10.20 malam.
"Mayat mangsa berjaya ditemui ketika operasi mencari dilakukan pagi ini berhampiran lokasi tempat lelaki itu dipercayai terjatuh lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian, berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jitra, di sini, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang mempunyai penyakit sawan dipercayai memancing bersama sepupunya dan dua rakan di sungai itu yang terletak di belakang restoran.
Bagaimanapun, mangsa disedari hilang kira-kira 1 petang sebelum mereka mencari di rumah kakaknya di Taman Tunku Sarina, di sini, tetapi lelaki berkenaan tiada, lalu laporan kehilangan dibuat di Balai Polis Jitra untuk tindakan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 12:01 PM


MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat. Foto Zuliaty Zulkiffli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107985#sthash.IrCejySY.dpuf

No comments:

Post a Comment