Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Lelaki maut, rakan cedera kereta terbabas [METROTV]

Dungun: Lelaki berusia 31 tahun maut dan rakannya cedera apabila kereta dinaikinya terbabas di Kilometer 101.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Paka, 6.30 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, Asulmi Mohamad dari Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta rakannya, Abdul Azim AB Wahab, 28, terbabas sebelum melanggar pokok.
Abdul Azim cedera ringan dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohamad Yusof berkata, sepasukan lapan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan sebelum mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 11:09 AM


KEADAAN kereta selepas kemalangan. FOTO Rosli Ilham
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107979#sthash.O68M7TR2.dpuf

No comments:

Post a Comment