Search This Blog

Tuesday, January 19, 2016

Lelaki Ditemui Mati Dengan Kecederaan Di Muka


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 3:35 PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan mukanya cedera parah dan berlumuran darah di sebuah kompleks beli belah di Kepong, di sini.
Seorang saksi yang tidak mahu dikenali ketika ditemui, berkata mangsa, 53 diserang sekumpulan lelaki kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tangga kecemasan.
"Masa itu pusat hiburan karaoke dan snooker di sini masih buka dan saya nampak mangsa ditarik sekumpulan lelaki, tak pasti dari arah mana. Saya tak faham apa yang mereka cakap sebab bahasa Hokkien," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, Selasa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman ketika ditemui di lokasi menafikan kes berkenaan mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap.
Beliau berkata serangan dipercayai dilakukan oleh lima hingga enam suspek.
"Si mati mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tiada kesan tikaman.
Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Beliau berkata barangan peribadi mangsa terdapat bersamanya ketika beliau ditemui dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment