Search This Blog

Thursday, January 7, 2016

Lebah punca pesawat Garuda terkandas


JAKARTA, Indonesia – Seekor lebah menjadi punca sebuah pesawat penumpang Indonesia tergendala selama empat jam selepas serangga itu terperangkap di dalam peralatan utama yang menyebabkan masalah pada kawalan pesawat," kata syarikat penerbangan berkenaan semalam.
Pesawat kendalian syarikat penerbangan Indonesia, Garuda itu dijadualkan berlepas pagi kelmarin dari Sumatera menuju ke Jakarta.
Namun, juruterbang pesawat Boeing 737 yang membawa 156 penumpang itu membuat keputusan untuk tidak berlepas selepas menyedari terdapat masalah pada alat kawalan.
“Siasatan kemudian mendapati seekor lebah terperangkap di dalam alat pengukur kelajuan pesawat yang menyebabkan masalah tekninal pada sistem kawalan.
“Jadi, atas faktor keselamatan, Garuda membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan ini, kata jurucakap syarikat penerbangan berkenaan, Benny Butarbutar dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, pesawat itu berlepas empat jam kemudian dan tiba dengan selamat di Jakarta pada petang kelmarin.
Menurut Benny, insiden itu adalah di luar kawalan syarikat penerbangan Garuda, namun para penumpang akan diberikan sejumlah wang sebagai ganti rugi.
Ini bukan kali pertama lebah menjejaskan penerbangan selepas sebuah penerbangan syarikat tambang murah Britain, Flybe terpaksa berpatah balik selepas seekor lebah terperangkap di dalam peralatan pesawat pada Jun tahun lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3wVBT573e 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment