MIAMI - AMERIKA SYARIKAT.  Akibat terlebih menekan minyak, sebuah 'super car' Lamborghini terbakar di Lincoln Road, Miami.
Menurut laporan Dailymail, kejadian tersebut disebabkan kecuaian seorang penjaga parkir valet yang menekan minyak super car tersebut.
Saksi memberitahu penjaga parkir tersebut mula menekan minyak ketika melintasi lintasan pejalan kaki untuk 'menunjuk-nunjuk' sehingga api keluar dari lubang ekzos.
Api yang keluar dari ekzos kemudian menyambar badan kereta berkenaan dan mula terbakar.
Kebakaran tersebut kemudian dipadamkan oleh orang awam.
Video rakaman dan foto kejadian tersebut yang tersebar di laman sosial telah menarik kecaman pelayar.
"Pemandu menekan minyak seperti orang kurang bijak dan menyebabkan super car terbakar. Anda semua perlu berhati-hati," kat pelayar Instagram, Tony Merenda.
"Berita panas! Penjaga parkir seronok memandu super car sampai meletup!" kata Esmeralda di Youtube.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 30 Disember lalu.