Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Korban bom Jakarta kini lapan

Jakarta: Seorang lagi mangsa yang cedera akibat serangan bom lima pengganas Khamis lalu, mati menjadikan jumlah keseluruhan korban serangan itu lapan orang termasuk lima pengganas terbabit.
Jurucakap polis Jakarta Yulia Hutasuhut berkata hari ini, mangsa terbaru yang mati itu ialah rakyat Indonesia, kakitangan Bangkok Bank berhampiran tempat serangan.
Berikutan serangan bom pengganas yang diyakini dibiayai Negara Islam (IS) itu, Indonesia melancarkan operasi besar-besaran di seluruh negara dan sudah menahan 12 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan serangan itu.
Menurut polis, mereka menemui bukti pengganas juga merancang serangan lain yang mensasarkan pasukan keselamatan dan orang asing di bandar lain, termasuk Bandung.
Semalam, Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti, berkata dalang serangan itu, pelampau Indonesia Bahrun Naim yang kini berada di Syria memindahkan sejumlah wang yang besar kepada pemegang akaun di negara itu untuk membiayai serangan Khamis lalu.
“Jumlah wang yang terbabit agak besar namun ada beberapa pemindahan menggunakan pelbagai akaun sebelum sampai kepada pemegang akaun terakhir,” katanya. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 3:17 PM


Ketua Jabatan Perubatan Polis Jakarta, Musyafak, menunjukkan gambar mayat serang penyerang dikenali sebagai Afif @ Sunakin yang terbunuh ketika melakukan serangan bom Khamis lalu. - Foto REUTERS
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108000#sthash.aWhjvQwt.dpuf

No comments:

Post a Comment