Search This Blog

Sunday, January 17, 2016

Kontraktor nyaris maut ditembak

WARTAWAN SINAR HARIAN

Kontraktor nyaris maut ditembak

17 JANUARI 2016

IPOH - Seorang kontraktor berusia 56 tahun nyaris maut selepas ditembak di hadapan rumahnya di Taman Ipoh Bouelevard Timur, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa dikatakan baru sahaja tiba di rumahnya.
“Ketika mangsa masih berada dalam kereta didapati seorang lelaki keluarkan pistol dan lepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Mangsa bertindak melarikan diri dengan memandu ke arah Balai Polis Sungai Senam untuk membuat laporan polis,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu kesan tembakan di bahagian pintu belakang sebelah kiri.
Katanya, suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal sejurus melepaskan tembakan terbabit.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment