Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Ketepi rasa malu untuk selamatkan anak

Beijing: Seorang lelaki sanggup berpakaian seperti wanita ketika menjual bunga di stesen kereta api Metro Beijing di sini semata-mata mencari wang bagi membiayai rawatan anaknya yang disahkan menghidap kanser.
Setiap petang selepas tamat waktu bekerja, Dong Dajun memakai gaun berwarna merah dan rambut palsu sebelum datang ke stesen kereta api berkenaan untuk menjual bunga.
Dong yang bekerja sebagai buruh berkata, dia terpaksa melakukan pekerjaan itu semata-mata mahu mencari wang membiayai rawatan penyakit kanser anak lelakinya.
Katanya, anak tunggalnya yang berusia lima tahun itu menjalani tiga kali rawatan kimoterapi dan perlu melakukan lapan lagi rawatan.
“Setakat ini kos rawatan perubatan anak saya mencecah 210,000 yuan (RM141,544) dan jumlah itu termasuk 140,000 yuan (RM94,363) yang saya terpaksa pinjam daripada ahli keluarga serta rakan.
“Untuk meneruskan rawatan ini saya perlu menyediakan wang yang lebih banyak bagi menampung kos perubatan yang mahal,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk menjual bunga bagi mendapatkan wang tambahan untuk menyelamatkan nyawa anakny.
“Saya berpakaian wanita kerana mahu menarik perhatian pelanggan walaupun pada mulanya saya rasa malu,” jelasnya.
Kos perubatan yang tinggi menyebabkan keluarga miskin di China terpaksa memikirkan cara kreatif untuk mencari wang bagi menyelamatkan nyawa insan tersayang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:05 AM


DONG (kanan) yang berpakaian seperti wanita menjual bunga kepada seorang pelanggan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107913#sthash.uFrZAFLQ.dpuf

No comments:

Post a Comment