Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Kes bayi koma, pengasuh direman

RABU, 13 JANUARI 2016 @ 1:41 PM

 WANITA yang berkerja sebagai pengasuh pusat asuhan dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra untuk mendapat perintah tahanan reman berhubung kejadian seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan koma selepas mengalami pendarahan dalam kepala. - Foto Amran Hamid


JITRA: Seorang wanita berusia 37 tahun yang juga pengasuh pusat asuhan, direman mulai hari ini sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki koma.
Alfateh Ashraf yang berusia tiga bulan, dilaporkan koma akibat mengalami pendarahan dalam kepala.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra pada jam 9.20 pagi tadi.
Suspek ditahan di pusat asuhan di Taman Bunga Raya di sini, jam 3 petang semalam.
Bayi berkenaan dilaporkan masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

No comments:

Post a Comment