Search This Blog

Friday, January 15, 2016

Kereta disambar api

Kangar: Tindakan pantas seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail dipandunya selepas didapati berasap menyelamatkan dirinya dan rakannya daripada rentung apabila kenderaan itu dijilat api, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam di Jalan Padang Behor, mangsa yang mahu dikenali sebagai Kong, 25, berkata dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke pusat bandar selepas keluar makan di Jejawi.
Menurutnya, sebaik saja melepasi kilang pembuatan produk getah di Jejawi, tiba-tiba enjin kenderaan terbabit mengeluarkan asap.
“Saya terus memandu kerana menyangka asap sedikit saja, tetapi tiba-tiba ia semakin berkepul-kepul keluar dari bahagian enjin menyebabkan saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan lalu keluar bersama rakan untuk menyelamatkan diri.
“Api kemudian keluar dari bahagian enjin berkenaan lalu merebak sehingga membakar hampir keseluruhan kenderaan menyebabkan ia rentung sama sekali.
“Mujurlah terdapat pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan dan bertindak menghubungi pihak bomba. Kami amat bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu, jika tidak kami pun turut sama terbakar,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 8:58 AM


ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan X-Trail yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107457#sthash.buTj04wS.dpuf

No comments:

Post a Comment