Wan Ahmad Rasfan Wan Abdul Halim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi dan kereta berkenaan dipercayai terbabas lalu melanggar belindan kubur berkenaan, namun dia bersyukur kedainya terselamat.
Katanya, belindan kubur tersebut untuk jualan pada harga RM800 hingga RM1,500.
"Mujurlah kedai saya tak dilanggar dan selain belindan kubur, sebatang tiang telefon turut patah akibat dilanggar dan terkena bumbung kedai saya.
"Kejadian disedari jiran yang tinggal di belakang kedai. Dia dengar bunyi dentuman kuat ketika itu. Tiada sesiapa dalam kedai, manakala saya tidur di rumah dan hanya mengetahui kejadian pada jam 7 pagi," katanya.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu.
Jirannya, Siti Makasom Ismail, 61, berkata, dia terdengar dentuman kuat seperti sesuatu jatuh terhempap namun tidak berani keluar rumah kerana suasana masih gelap.
"Ketika mahu ke masjid untuk menunaikan solat Subuh saya melihat sebuah kereta remuk teruk di depan kedai peralatan silat berkenaan tetapi tiada sesiapa cedera," katanya.