Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Kedai runcit port judi ekor

Kangar: Kegiatan licik sindiket judi nombor ekor haram berselindung di sebalik premis perniagaan alat telekomunikasi dan kedai runcit gagal mengaburi pihak berkuasa apabila sebanyak 22 premis diserbu dalam Op Dadu Melati, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang membabitkan tujuh lokasi di negeri ini, seramai 30 operator atau penganjur judi terdiri 22 lelaki dan lapan wanita ditahan untuk siasatan.
Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil maklumat pihaknya melakukan serbuan secara serentak membabitkan 22 premis di pusat bandar ini, Arau, Bukit Keteri, Simpang Empat, Kuala Perlis, Kuala Sungai Baru dan Pauh.
Menurutnya, dalam serbuan itu, seramai 30 operator judi haram dan tujuh pembeli termasuk dua warga Thailand berusia antara 16 hingga 53 tahun ditahan untuk siasatan.
“Siasatan awal mendapati penganjur judi haram terbabit dipercayai mampu meraih wang kutipan pertaruhan sebanyak RM37,600 sehari atau boleh mengumpul RM513,400 setiap bulan.
“Dalam operasi itu, pihak polis merampas 42 telefon bimbit, 27 pencetak mudah alih, 49 slip kertas bertulis angka, 45 gulung kertas resit, 17 unit kalkulator, 42 pensil dan pen, empat papan iklan, tiga buku catatan dan sebuah motosikal selain wang tunai berjumlah RM16,694,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit bergiat aktif sejak tiga bulan hingga dua tahun lalu dan menjalankan kegiatan dengan berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Katanya, semua suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4A(a) dan Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, selain Seksyen 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:49 AM


WANG pertaruhan dan sebahagian barangan yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108176#sthash.HFn3KnPj.dpuf

No comments:

Post a Comment