Suspek utama yang juga seorang juruteknik di sebuah hospital ditahan Sabtu lalu pada pukul 5.42 pagi berhampiran sebuah hotel di bandar ini.
Rakannya yang merupakan seorang lelaki berumur 20-an pula diberkas di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 7 malam Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek utama yang berumur 23 tahun ditahan bersama sebuah kereta Perodua Axia milik salah seorang daripada tiga mangsa.
“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes pemerasan dan rogol. Dia bertindak memujuk kesemua mangsa menerusi aplikasi mesej Bee Talk dengan mempengaruhi mereka untuk menghantar gambar sebelum mengugut wanita-wanita berkenaan.
“Hasilnya, polis berjaya menangkap suspek utama dan merampas sebuah telefon bimbit, resit penyata mesin pengeluaran wang automatik (ATM), barang kemas dianggarkan bernilai RM4,000 termasuk sebuah kereta mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Muhamad Zaki, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan tersebut sejak dua bulan lalu di Seremban dan sebelum ini melakukannya di Ampang, Selangor.
Muhamad Zaki memaklumkan, setakat ini hanya tiga wanita berusia antara 20 hingga 30-an tampil memberi keterangan.
Kedua-dua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 377(C) kanun sama kerana melakukan seks di luar tabii. - UTUSAN ONLINE